Cart Total Items (0)

Cart

TERMA & SYARAT PEMBELIAN PRE-ORDER

Buku "25 Formula Hidup Luar Biasa"

Dengan membuat pembelian pre-order buku "25 Formula Hidup Luar Biasa" ("Produk"), pembeli dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

1. PENGANJUR
1.1 Pre-order ini dianjurkan oleh Richworks X Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Richworks Academy Sdn. Bhd. / Richworks International Sdn. Bhd.) ("Pihak Penganjur").

2. TEMPOH PRE-ORDER
2.1 Tempoh pre-order bermula pada 22 Jun 2026 dan akan berakhir pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur atau sehingga dimaklumkan sebaliknya.
2.2 Pihak Penganjur berhak untuk melanjutkan, memendekkan atau menamatkan tempoh pre-order pada bila-bila masa tanpa notis awal.

3. HARGA DAN PEMBAYARAN
3.1 Semua harga yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
3.2 Pembayaran penuh hendaklah dibuat semasa proses pembelian bagi mengesahkan tempahan pre-order.
3.3 Tempahan hanya dianggap berjaya selepas pembayaran sah diterima dan pengesahan pesanan dikeluarkan oleh Pihak Penganjur.
3.4 Pihak Penganjur berhak membatalkan mana-mana pesanan yang didapati mempunyai maklumat pembayaran yang tidak lengkap, tidak sah atau mencurigakan.

4. PENGHANTARAN
4.1 Produk yang dibeli melalui pre-order tidak akan dihantar serta-merta kerana masih dalam proses percetakan, penyediaan atau pengeluaran stok.
4.2 Penghantaran akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur selepas stok sedia untuk dihantar.
4.3 Sebarang tarikh penghantaran yang dinyatakan adalah anggaran dan tertakluk kepada proses percetakan, logistik, penghantaran serta faktor-faktor di luar kawalan Pihak Penganjur.
4.4 Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan penghantaran yang disebabkan oleh syarikat kurier, bencana alam, gangguan sistem, tindakan pihak berkuasa atau keadaan luar jangka yang lain.
4.5 Pembeli bertanggungjawab memastikan alamat penghantaran, nombor telefon dan maklumat penerima yang diberikan semasa tempahan adalah tepat dan lengkap.
4.6 Walaupun pembelian dibuat semasa tempoh pre-order, Pihak Penganjur berhak untuk menangguhkan, mengehadkan atau membatalkan penghantaran sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur termasuk tetapi tidak terhad kepada gangguan percetakan, isu rantaian bekalan, kekurangan bahan, kegagalan pembekal, bencana alam, pandemik, tindakan pihak berkuasa atau apa-apa keadaan lain yang menjejaskan pengeluaran atau penghantaran Produk.
4.7 Dalam keadaan yang dinyatakan di Klausa 4.6, Pihak Penganjur berhak menawarkan pemulangan wang, penggantian produk, penjadualan semula penghantaran atau apa-apa penyelesaian lain yang difikirkan sesuai oleh Pihak Penganjur.

5. PEMBATALAN DAN PEMULANGAN WANG
5.1 Semua pembelian pre-order adalah muktamad.
5.2 Tiada pembatalan, pertukaran atau pemulangan wang dibenarkan selepas pembayaran berjaya dibuat kecuali dalam keadaan berikut:a) Produk tidak dapat dibekalkan oleh Pihak Penganjur; ataub) Terdapat keperluan yang diwajibkan oleh undang-undang yang terpakai.
5.3 Sekiranya pemulangan wang diluluskan oleh Pihak Penganjur, proses pemulangan akan dibuat dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari melalui kaedah pembayaran asal atau kaedah lain yang ditentukan oleh Pihak Penganjur.

6. PRODUK ROSAK ATAU CACAT
6.1 Sekiranya pembeli menerima Produk yang rosak akibat percetakan atau kecacatan pengeluaran, pembeli hendaklah memaklumkan kepada Pihak Penganjur dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh penerimaan Produk.
6.2 Pembeli perlu mengemukakan bukti bergambar dan maklumat pesanan untuk tujuan pengesahan dan semakan.6.3 Pihak Penganjur berhak menentukan sama ada penggantian Produk atau penyelesaian lain yang bersesuaian akan diberikan.

7. HAD LIABILITI
7.1 Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian tidak langsung, kerugian keuntungan, kehilangan peluang perniagaan atau sebarang kerosakan sampingan yang timbul daripada pembelian atau penggunaan Produk.
7.2 Sebarang liabiliti yang ditanggung oleh Pihak Penganjur, sekiranya ada, adalah terhad kepada jumlah harga yang telah dibayar oleh pembeli bagi Produk yang terlibat.

8. DATA PERIBADI
8.1 Dengan membuat pembelian, pembeli bersetuju bahawa maklumat peribadi yang diberikan boleh dikumpul, diproses dan digunakan oleh Pihak Penganjur bagi tujuan:
a) Pemprosesan pesanan;
b) Penghantaran Produk;
c) Khidmat pelanggan; dan
d) Tujuan pemasaran, promosi dan komunikasi berkaitan produk, perkhidmatan atau program yang dianjurkan oleh Pihak Penganjur, tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa.
8.2 Pengurusan data peribadi adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), perundangan berkaitan dan polisi privasi Pihak Penganjur.

8.3 KOMUNIKASI ELEKTRONIK
8.3.1 Dengan membuat pembelian, pembeli bersetuju untuk menerima sebarang notis, pengesahan pesanan, maklumat penghantaran, kemas kini berkaitan pre-order, promosi, pemasaran serta komunikasi lain daripada Pihak Penganjur melalui e-mel, WhatsApp, SMS, panggilan telefon atau saluran komunikasi elektronik lain yang diberikan oleh pembeli semasa proses pembelian.
8.3.2 Pembeli bertanggungjawab memastikan maklumat hubungan yang diberikan adalah tepat, lengkap dan terkini. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pembeli gagal menerima sebarang komunikasi akibat maklumat yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini.
8.3.3 Sebarang notis atau komunikasi yang dihantar oleh Pihak Penganjur melalui saluran komunikasi yang diberikan oleh pembeli akan dianggap telah diterima oleh pembeli pada tarikh penghantaran tersebut.

9. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
9.1 Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, meminda atau mengemaskini mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
9.2 Sebarang pindaan yang dibuat akan berkuat kuasa sebaik sahaja dipaparkan di laman web rasmi Pihak Penganjur.

10. UNDANG-UNDANG TERPAKAI
10.1 Terma dan syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
10.2 Sebarang pertikaian yang timbul berkaitan pre-order ini hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di Malaysia.

11. BONUS, HADIAH DAN MANFAAT TAMBAHAN
11.1 Sebarang bonus, hadiah, akses digital, rakaman, webinar, eBook, voucher, tiket program atau manfaat tambahan yang ditawarkan bersama pembelian pre-order adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.
11.2 Semua bonus dan manfaat tambahan tidak boleh ditebus dengan wang tunai, dipindah milik, dijual semula atau ditukar kepada produk atau perkhidmatan lain.
11.3 Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana bonus atau manfaat tambahan dengan item atau manfaat lain yang setara tanpa notis awal sekiranya berlaku keadaan yang tidak dapat dielakkan.
11.4 Kegagalan pembeli untuk menuntut, mengakses atau menggunakan bonus yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan tidak akan melayakkan pembeli untuk sebarang tuntutan, pemulangan wang atau pampasan.

12. LARANGAN PENJUALAN SEMULA
12.1 Pembelian pre-order adalah untuk kegunaan peribadi atau organisasi pembeli sendiri.
12.2 Pembeli tidak dibenarkan menggunakan Produk, bonus atau manfaat yang diterima untuk tujuan penjualan semula, pengedaran komersial atau eksploitasi keuntungan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Penganjur.

13. HAK HARTA INTELEK
13.1 Semua kandungan yang terkandung di dalam Produk termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, penulisan, formula, metodologi, grafik, reka bentuk, ilustrasi, logo, gambar, rakaman audio, video, eBook, bahan digital dan apa-apa kandungan berkaitan ("Kandungan") adalah hak milik eksklusif Pihak Penganjur dan/atau pemilik hak yang sah serta dilindungi oleh undang-undang hak cipta, cap dagangan dan harta intelek yang berkuat kuasa.
13.2 Pembelian Produk tidak memberikan sebarang hak milik, lesen atau kepentingan kepada pembeli terhadap mana-mana hak harta intelek yang terkandung dalam Produk.
13.3 Pembeli tidak dibenarkan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, untuk menyalin, mengimbas, merakam, menerbitkan semula, mengedarkan, menjual semula, memuat naik, berkongsi, memindahkan, mengubah suai atau mengeksploitasi Kandungan bagi tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Penganjur.
13.3(a) Pembeli tidak dibenarkan mengimbas, memuat naik, menyimpan, berkongsi atau mengedarkan keseluruhan atau sebahagian Kandungan Produk dalam apa jua bentuk digital termasuk melalui media sosial, aplikasi pesanan, storan awan, laman web atau platform dalam talian lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Penganjur.
13.4 Sebarang pelanggaran terhadap hak harta intelek ini boleh mengakibatkan tindakan undang-undang sivil dan/atau jenayah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

14. KANDUNGAN DAN PENAFIAN (DISCLAIMER)
14.1 Kandungan yang terkandung dalam Produk disediakan bagi tujuan pendidikan, perkongsian pengalaman, motivasi dan pembangunan diri pembeli sahaja.
14.2 Pihak Penganjur tidak menjamin bahawa pembeli akan mencapai sebarang hasil, pendapatan, keuntungan, kejayaan perniagaan atau pencapaian tertentu hasil daripada pembacaan atau penggunaan kandungan Produk.
14.3 Sebarang keputusan atau tindakan yang dibuat oleh pembeli berdasarkan kandungan Produk adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.

15. PENGASINGAN KLAUSA (SEVERABILITY)
15.1 Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini didapati tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan atau bertentangan dengan undang-undang, peruntukan tersebut hendaklah dipisahkan tanpa menjejaskan kesahan dan penguatkuasaan peruntukan-peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini.